Selesai corak cinta manis, benang putih (dalam), benang biru (luar).
Sebenarnya Kak Sharifah tolong kaitkan ni sebab tu lah cepat siapnya. Eh bukan aku mengelat eh, tapi Kak Sharifah yang volunteer nak kait.Aku apalagi, pucuk dicita ulam mendatanglah. Itu yang kemas bukan main, crocheteer senior tolong buatkan separuh.
Cepat gila lagi corak ni mudah je, tak payah fikir-fikir sangat sebab tak payah kira petak macam corak lain.
Dah siap body tu, sebelah atasnya nak kena buat corak lain yang cikgu aku panggil asi pendek.
3 line kena tinggalkan bahagian atas, lepas tu finishing dia atas sekali macam corak slipknot tapi cikgu panggil 'gedik'.
Haha aku pun tak pasti kenapa nama dia gedik...
Ni antara beg kawan-kawan lain. Menyerlah warna pink tu. Warna biru lembut pun comel juga, lembut aje. Corak-corak ni memang aku tak tau dah apa namanya.
Selesai kelas kedua, progress aku taklah laju sangat, baru nak cari rentak. Tapi seronokkkkk!
Ni beg salah sorang kawan kelas. Cantik kombinasi warna ni. I likeeee! Corak apa tahu, sisik ikan kot.
Ni pun beg salah sorang kawan juga. Nampak eksklusif dan evergreen. Kombinasi warna coklat muda dengan putih ni nak matching dengan baju apa pun senang. Beg ni saiz L kot, ke XL.
Macam corak cinta manis, bezanya ada line kat tengah-tengah. Kreatif kan?




No comments:
Post a Comment